Sudah 6 tahun berlalu semenjak dulu,
Menangis meninggalkn ayah ibu,
Merentasi panorama langit biru,
Emosi yang kuat kian sayu.
Jejak ke Arma menumpang ruang,
meniti hari kemasukan wang,
melihat arab asyik berperang,
ku doakan mereka bertenang.
Rumah bujang di depan gereja,
di kedai ammu,ku beli meja,
Semangat belajar macam nak gila,
berjalan ke kelas melintas kereta.
Solat zuhur di gami Nour,
handset dicuri semasa tidur,
Keranda jenazah disusun atur,
Arab diluar masih bertempur.
Ayam syawerma bersama roti,
Menikmati koshari gembira sekali,
Air paip di cawan besi,
Kutelan menghilangkan pedas berapi.
Musim kelakar namanya Shita,
Berebut mandi berbalut tuala,
Nafas berkabus di subuh buta,
selesai subuh dikejar anjing gila.
Tahun pertama tahun mencuba,
setiap perkara diamati peka,
Hidupnya girang berjiwa remaja,
Dipenuhi ibrah mentaati perintahNYA.
Gambar pada 24 April 2011, Di hadapan bangunan merah.
Sekarang merupakan tapak kafeteria baru.
Sekarang merupakan tapak kafeteria baru.